Kelas ICT bersama ahli Pusat Internet Tanjong Bowang
7 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 6/4/2019 jam 9:00-11:00 pagi telah diadakan kelas ICT bersama ahli Pusat Internet Tanjong Bowang. Kelas kali ini para pelajar diajar membuat jadual dan membuat graf menggunakan Ms.Word dan Excel. Untuk graf, peserta diberi tunjuk ajar cara menggunakan pelbagai jenis graf seperti graf palang, pie, garis dan sebagainya selain dari memastikan kekemasan graf. Selain itu mereka juga turut diajar cara menggunakan 'short cut' yang ada pada excel untuk memudahkan kerja mereka serta pemahaman mereka. Di akhir kelas ini pelajar telah mahir menggunakan Ms.Excel dengan jayanya.
.Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: